FAQ (Soalan Lazim) – LeaZella Meno

1) LeaZella Meno sesuai untuk siapa?

LeaZella Meno sesuai untuk wanita 40 tahun ke atas, termasuk:

Belum Menopaus
Pra (memasuki fasa)-menopaus

✅ Menopaus
✅ Pasca (selepas fasa) -menopaus

Sesuai untuk wanita yang mula rasa perubahan seperti mudah letih, tidur terganggu, hot flush, emosi turun naik, badan rasa tegang dan sendi tak selesa.


2) Cara ambil macam mana?

Kunyah sepenuhnya atau telan dengan air
✅ Boleh ambil sebelum atau selepas makan
✅ Boleh ambil bila-bila masa ikut rutin anda
✅ Perisa blackcurrant — sedap dan mudah diambil


3) Perlu jarakkan dengan kopi atau ubat lain?

Untuk kebanyakan wanita, tidak perlu jarakkan dengan kopi atau rutin harian biasa.

Jika anda sedang mengambil ubat tertentu (terutama ubat hormon / ubat kronik), anda boleh rujuk doktor atau farmasi untuk lebih yakin.


4) Boleh guna semasa haid / period?

✅ Ya, boleh teruskan guna semasa haid.

Jika anda rasa tidak selesa, boleh pause sekejap (maksimum 5 hari) dan sambung semula.
Cuma kesan mungkin jadi sedikit perlahan jika kerap berhenti.


5) Berapa lama perlu guna untuk nampak hasil?

Kesan bergantung kepada badan dan tahap hormon setiap individu. Secara umum, LeaZella Meno perlukan masa untuk bagi tubuh stabil semula.

1–4 minggu pertama
Ada sebahagian kecil pengguna (lebih kurang 20%) yang mula rasa perubahan awal seperti:
– badan lebih ringan
– tidur lebih baik
– emosi lebih stabil

📌 Jika anda ambil 2 tablet sehari, peluang untuk rasa perubahan awal biasanya lebih tinggi.

2–3 bulan (kebanyakan pengguna)
Ini fasa yang paling biasa untuk mula nampak kesan lebih ketara dan konsisten seperti:
– hot flush & peluh berlebihan berkurang
– tenaga lebih stabil
– sendi lebih selesa
– tidur dan emosi lebih terkawal

3–4 bulan (majoriti pengguna)
Majoriti pengguna biasanya sudah pun rasa badan lebih “steady” dan hasil lebih memuaskan:
– simptom makin berkurang dan jarang muncul
– badan lebih selesa untuk aktiviti harian
– rasa lebih yakin dan lebih stabil secara keseluruhan

📌 Minimum disarankan:
Dos 2 tablet sehari: minimum 3 bulan
Dos 1 tablet sehari: minimum 3 bulan


6) Kenapa saya rasa sekejap ok, lepas tu macam datang balik?

Sesetengah wanita melalui fasa turun naik dalam 3–4 bulan pertama (fasa “yoyo”).

Contohnya:

  • Minggu awal rasa lega

  • Minggu seterusnya simptom muncul sekejap

  • Lepas itu badan mula stabil semula

Ini boleh berlaku kerana badan sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon secara semula jadi.

✅ Apa yang penting: ambil konsisten setiap hari dan elakkan ambil “on & off”.


7) Ada tak “healing crisis” bila mula ambil?

Tidak semua akan alami.
Tetapi sesetengah wanita mungkin rasa fasa adaptasi awal, contohnya:

  • letih / mengantuk sekejap

  • tidur berubah sementara

  • emosi lebih sensitif

  • sakit kepala ringan

⏳ Kebiasaannya sementara (sekitar 3–7 hari) dan akan beransur stabil.

✅ Jika tidak selesa:
➡️ Kurangkan dos kepada 1 tablet sehari untuk beberapa hari, kemudian sambung semula bila badan stabil.


8) Kenapa dulu saya guna cepat berkesan, sekarang macam lambat?

Ini normal berlaku, terutamanya bila:

  • umur semakin meningkat

  • hormon makin tidak stabil berbanding dulu

  • simptom yang dialami lebih kuat

  • gejala dibiarkan lama sebelum mula semula

  • pengambilan tidak konsisten

✅ Jika simptom sekarang lebih ketara:
➡️ cuba 2 tablet sehari dan konsisten minimum 3 bulan.


9) Apa yang boleh buat kesan jadi kurang berkesan?

Antara faktor utama:

❌ Ambil tak konsisten (on & off)
💧 Kurang minum air
☕ Kafein / gula berlebihan
🧠 Stres tinggi berpanjangan
🛏️ Tidur tak cukup / tak teratur
💊 Sedang ambil ubat tertentu
🧬 Hormon terlalu tidak stabil (perlukan masa lebih lama)

✅ Tips paling mudah:
ambil konsisten + cukup air + tidur cukup.


10) Siapa yang tidak digalakkan ambil LeaZella Meno?

Tidak digalakkan untuk:

❌ Wanita mengandung
❌ Ibu menyusu
❌ Wanita yang ada sejarah penyakit berkaitan hormon
(contoh kanser payudara / rahim / ovari)
❌ Individu yang ada alahan kepada bahan dalam Leazela

Jika anda ragu-ragu, mulakan dengan 1 tablet sehari dan pantau keserasian badan.


11) Kalau ada penyakit kencing manis (DM), darah tinggi (HPT) atau kolesterol tinggi — boleh ambil?

Setakat ini, tiada maklumat yang menunjukkan LeaZella Meno tidak boleh digunakan untuk individu yang mempunyai:

✅ DM (kencing manis)
✅ HPT (darah tinggi)
✅ Kolesterol tinggi

Ramai pengguna dengan keadaan ini juga mengamalkan LeaZella tanpa masalah.

Namun, jika anda ada penyakit kronik atau sedang mengambil ubat harian:
lebih baik dapatkan pengesahan doktor atau farmasi untuk lebih yakin.


12) Kalau berhenti guna, apa jadi?

LeaZella Meno bukan ubat dan tiada ketagihan.

Namun, jika anda berhenti selepas badan sudah selesa, manfaat yang anda rasa boleh beransur berkurang, dan simptom boleh berulang semula dalam beberapa minggu, bergantung pada hormon dan gaya hidup.

✅ Sebab itu ramai wanita teruskan sebagai maintenance.


13) Selepas 3 bulan, perlu teruskan atau boleh stop?

Tidak digalakkan berhenti, kerana simptom yang sudah reda mungkin boleh berulang semula.

✅ Untuk lebih jimat dan kekalkan keselesaan:
➡️ 1 tablet sehari (maintenance)

✅ Untuk kesan optimum dan stabil sepanjang masa:
➡️ 2 tablet sehari (optimum)


14) LeaZella Meno menyebabkan badan panas atau naik berat?

✅ Tidak menyebabkan badan jadi panas seperti sesetengah jamu tradisional.
✅ Tidak direka untuk menyebabkan pertambahan berat badan.


Nota Penting

Keputusan setiap individu mungkin berbeza.
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.