KEGUNAAN LEAZELLA (16)

NAMA PRODUK : LEAZELLA MENO

Bentuk Dos: Tablet kunyah berperisa blackcurrant

MAKLUMAT PRODUK

  • Setiap 700mg Tablet Mengandungi:

    • Rhizome Pueraria Mirifica Extract 130mg

    • Fruit Phoenix Dactylifera Extract 25mg

    • Fructus Vitis Vinifera Extract 25mg

    • Fructus Lycopersicon Esculentum Extract 25mg

    • Fructus Acasia Senegal 100mg

    • Damar Labisia Pumila 39.90mg

  • Sumber Gelatin: TIADA

  • Bahan Lain: Mengandungi jus blackcurrant dan buahan citrus

  • Nombor Pendaftaran: MAL21016089TC

  • Pendaftaran lain: HALAL JAKIM

  • Kandungan Bersih: 60 Biji dan 30 biji


MAKLUMAT PENGGUNA

  • Indikasi: Digunakan sebagai suplemen tradisional untuk kesihatan wanita 40 tahun ke atas.

    • Diformulasikan agar fokus membantu melegakan gejala menopause, dan didapati popular kerana kelegaan masalah sakit sendi dan tumit pengguna.

  • Dos / Cara Penggunaan:

    • Dewasa:

      • 1 biji 2 kali sehari untuk penggunaan optimum 

      • 1 biji 1 kali sehari untuk penggunaan ringan 

    • Diambil selepas makan secara kunyah atau dengan segelas air.

  • Arahan Penyimpanan:

    • Simpan di bawah suhu 30°C.

    • Lindungi daripada cahaya matahari dan kelembapan.

    • Pastikan bekas ditutup rapat selepas digunakan.


AMARAN & LANGKAH KESELAMATAN

  • JAUHKAN DARIPADA CAPAIAN KANAK-KANAK / KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN.

  • Sila rujuk kepada ahli farmasi atau doktor sebelum mengambil produk ini.

  • Ibu mengandung dan menyusukan anak perlu mendapat khidmat nasihat pakar sebelum penggunaan.

  • Jangan gunakan jika meterai keselamatan rosak atau hilang.

  • Jangan guna jika anda alahan/ alergy kepada bahan dalam Leazella.

  • Tidak sesuai untuk penghidap penyakit kanser payudara, kanser rahim atau endometriosis.



Boleh menyebabkan healing crisis kepada pengguna baru

  • Penggunaan produk herba kadang kala boleh menyebabkan healing crisis pada peringkat awal penggunaan.

  • Sila rujuk kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya sebarang masalah kesihatan yang berkaitan penggunaan atau tidak berkaitan penggunaan.

  • Hubungi customer servis untuk khidmat nasihat

  • Healing crisis bisanya berlaku dalam minggu awal penggunaan dan selalunya hilang dalam bebeberapa hari dan mungkin 1 ke 2 minggu jika lama.

  • Healing crisis yang boleh berlaku seperti gatal, sakit kepala, sakit akan lebih kuat pada tempat yang perlu pemulihan, jerawat, mengantuk dan rasa lapar.

  • Jika anda mengalami ruam, gatal dan juga masalah pernafasan, anda mungkin sedang alami reaksi alahan. Sila ke klinik untuk rawatan lanjut.



Leazella Meno ialah suplemen herba yang diformulasikan berdasarkan teori dan kajian bahan herba, untuk menyokong wanita yang sedang melalui fasa penuaan dengan perimenopaus, menopaus dan selepas menopaus.

 IA BUKAN UBAT UNTUK MEMULIHKAN MENOPAUSE ATAU MEMULIHKAN SEBARANG PENYAKIT. 

 KESAN DIBAWAH ADALAH DARIPADA MAKLUMBALAS PENGGUNA DAN BUKAN FAKTA BERUBATAN.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2015, Leazella Meno telah menggabungkan khasiat herba tradisional dan sains moden untuk menyediakan solusi semula jadi yang selamat dan berkesan bagi melegakan simptom menopaus serta meningkatkan kesejahteraan keseluruhan wanita.

Secara teori dan pemerhatian maklumbalas pengguna Leazella Meno bukan sahaja meredakan simptom menopaus, malah turut menyokong kesihatan sendi, tenaga dan pergerakan tubuh wanita.


🌼 Ciri-Ciri Utama Leazella Meno

Tablet kunyah herba yang mudah diambil dan cepat diserap oleh tubuh.

Secara teori boleh membantu menangani simptom menopaus seperti:

  • Rasa panas mendadak (hot flushes)

  • Perubahan emosi (mood swing)

  • Gangguan tidur

  • Ketidakseimbangan hormon

  • Kenaikan berat badan

  • Sakit sendi

  • Penuaan kulit

Sesuai untuk wanita dalam fasa pra-menopaus, menopaus, dan pascamenopaus, serta yang mencari sokongan anti-penuaan dan kestabilan hormon.


🦴 Manfaat Sokongan Sendi

Kesan positif yang dilaporkan termasuk melegakan:

  • Sakit sendi dan otot

  • Kebas

  • Sakit bahu dan belakang

  • Keletihan

  • Sakit tumit dan lutut

  • Kekejangan otot


🌸 Manfaat Menopaus

Dilaporkan membantu meredakan simptom seperti:

  • hotflush / kepanasan

  • Peluh berlebihan

  • Kulit kering dan gatal

  • Sakit kepala

  • Kekeringan faraj

  • Masalah hubungan intim

  • Hilang fokus dan daya ingatan

  • Keresahan, mudah panik

  • Perut kembung

  • Rambut gugur

  • Masalah kencing tidak terkawal


Manfaat Anti-Penuaan

Leazella Meno membantu wanita tampil lebih muda dan sihat dari dalam:

Kesan positif yang dilaporkan:

  • Kulit lebih cerah dan berseri

  • Rambut lebih kuat dan bersinar

  • Payudara kelihatan lebih tegang

  • Bentuk badan lebih kemas

  • Tidur lebih lena

  • Pergerakan lebih lancar

  • Rasa lebih bertenaga dan yakin


🌟 Apa Yang Menjadikan Leazella Meno Berbeza?

1. Bahan Semula Jadi & Selamat

  • Bebas hormon sintetik, produk haiwan, makanan laut, gula tambahan & kolagen.

  • Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – MAL21016089TC

  • Disahkan Halal oleh JAKIM

2. Mudah Dimakan

  • Tablet kunyah – boleh dikunyah, dihisap, atau ditelan bersama air

  • Boleh diambil pada bila-bila masa, sebelum atau selepas makan

  • Tidak perlu elak kopi atau asingkan daripada ubat/suplemen lain

3. Bebas Kesan “Panas Badan”

  • Tidak menyebabkan rasa panas badan seperti herba tradisional

  • Tidak menyumbang kepada kenaikan berat badan

4. Gabungan Herba Sinergistik

  • Dirumus dengan herba dan buah-buahan yang tinggi antioksidan dan anti-radang

  • Diserap dengan lebih baik untuk keberkesanan menyeluruh


✨ KANDUNGAN LEAZELLA – Ramuan Hebat, Hasil Luar Biasa untuk Wanita!

Setiap tablet LeaZella diformulasi dengan 6 bahan semulajadi terpilih yang membantu menyokong kesihatan dalaman wanita, khasnya semasa dan selepas menopaus:

*maklumat kegunaan herba berdasarkan kepercayaan tradisional, carian internet, pendapat umum dan sebahagian kajian yang dilaporkan secara terbuka.

4424b9b3281a35023d85c31557c44588_tn

1. Pueraria Mirifica (Rizom)

Herba tradisional dari Thailand yang terkenal sebagai "eliksir wanita".

Manfaat:

  • Menyeimbangkan hormon estrogen secara semulajadi
  • Membantu mengurangkan simptom menopaus (hot flashes, kekeringan faraj, mood swing)
  • Menganjalkan kulit dan menegangkan payudara


2. Phoenix Dactylifera (Buah Kurma)

Buah penuh khasiat yang kaya dengan antioksidan dan tenaga semulajadi.

Manfaat:

  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan
  • Menyokong kesihatan rahim
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman


3. Vitis Vinifera (Buah Anggur)

Kaya dengan resveratrol dan flavonoid yang melindungi sel.

Manfaat:

  • Anti-penuaan dan memperbaiki tekstur kulit
  • Melindungi jantung dan saluran darah
  • Menyokong kesihatan otak dan fokus


4. Lycopersicon Esculentum (Tomato)

Sumber semulajadi lycopene yang kuat melawan radikal bebas.

Manfaat:

  • Melambatkan proses penuaan kulit
  • Menyokong kesihatan payudara dan rahim
  • Membantu menstabilkan tekanan darah


5. Acacia Senegal (Gam Arab)

Serat larut semulajadi yang juga dikenali sebagai prebiotik.

Manfaat:

  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Menyokong bakteria baik dalam usus
  • Membantu penyerapan nutrien yang lebih efektif


6. Labisia Pumila (Kacip Fatimah)

Herba tradisional wanita Melayu yang diwarisi turun-temurun.

Manfaat:

  • Menguatkan otot rahim dan faraj
  • Menstabilkan hormon wanita
  • Membantu mengembalikan keintiman dan tenaga batin


LeaZella – Jamu Moden Untuk Wanita Moden

Semua kebaikan tradisional, kini dalam bentuk tablet moden, mudah diamalkan setiap hari.

Sesuai untuk wanita berusia 40 tahun ke atas, masalah sendi, menopaus, atau yang mahu kekal bertenaga dan menawan.


💊 Cara Pengambilan Leazella Meno

Dos Harian:

  • 1 tablet kunyah sehari – untuk kelegaan asas

  • 2 tablet kunyah sehari – untuk kesan lebih menyeluruh (terutama 3 bulan pertama) (sangat disarankan jika untuk masalah sendi)

Cara Makan:

  • Kunyah sehingga larut, boleh diambil bila-bila masa

  • Perisa blackcurrant yang sedap

  • Tiada pantang makanan, kopi atau ubat lain

Sesuai untuk:

  • Wanita berumur 40 tahun ke atas

  • Fasa pra-menopaus, menopaus & pascamenopaus

  • Penggunaan harian secara konsisten disarankan


💖 Kenapa Pilih Leazella Meno?

Leazella Meno ialah suplemen semula jadi yang direka khusus untuk wanita yang ingin menjalani fasa perubahan hormon dengan lebih tenang, sihat dan bertenaga.

Ia menyokong kesihatan fizikal, emosi dan sendi – menjadikan anda lebih yakin dan selesa, setiap hari.

Related products